NO. 1C LORONG KOTA RAJA 1A, SHAHBANDARAYA, 41000 KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN.
TEL : 03-3373 2526 FAX : 03-3373 4526

(HUNTING LINE: 012-318 5446, 012-393 8283, 016-331 6002, 019-658 0048, 019-218 4664)
Email : zainuddin@zme.com.my      Website : http//:www.zme.com.my

PROFIL LOKASI CARTA ORGANISASI PERKHIDMATAN PERALATAN & KENDERAAN

 

 

 

Profil Syarikat

PROFIL SYARIKAT

LOKASI

CARTA ORGANISASI

PERKHIDMATAN

PERALATAN & KENDERAAN

 

Kuala Lumpur
 


Tuesday
26 June 2007
  GMT   8
  Qiblat Direction   292° 31′ 16″
Prayer Time
  Imsak      5:32
  Subuh      5:42
  Syuruk      7:06
  Zohor      13:19
  Asar      16:44
  Maghrib      19:27
  Isyak      20:43

 

KLIK DISINI

UNTUK MENDAPATKAN IKLAN ZME

e-mail

pertanyaan

 

ZAS MAKMUR ENTERPRISE (ZME) telah ditubuhkan pada  27 Februari 2001. 

Perhatian yang meluas, pihak pengurusan telah membuat keputusan agar  ZAS MAKMUR ENTERPRISE difokuskan agar dapat mengimbangi operasi kerja-kerja pembersihan dan penyedutan enap cemar.

Di awal perniagaan, ZAS MAKMUR ENTERPRISE telah menjalankan kerja-kerja kontrak rencam dan tidak menumpukan kepada bidang-bidang kerja tertentu. Memandangkan permintaan perkhidmatan yang meluas di bidang pembersihan kumbahan, pihak pengurusan telah menumpukan perhatian kepada kerja-kerja menyedut enap cemar, membersih tangki dan saluran najis, membaiki, membekal dan memasang sistem-sistem mekanikal/elektrikal seperti Submersible Pump, Air Blower, sistem pendawaian, pembersihan sampah sarap, pemasangan dan pembaikan saluran pembentungan serta lain-lain kerja yang berkaitan.

Semasa ditubuhkan, syarikat telah mempunyai sebuah Lori Tangki Najis termasuk beberapa tenaga kerja mahir tempatan dan sehingga ke saat ini, pihak kami telah menambah peralatan dan tenaga kerja mahir bagi memenuhi keperluan perkhidmatan.

Bermula pada tahun 2005 ZAS MAKMUR ENTERPRISE melebarkan sayap perniagaan dengan menceburkan diri didalam bidang kejuruteraan mekanikal dengan melakukan kerja-kerja fabrikasi yang berkaitan dengan besi dan kerja-kerja membaikpulih kenderaan.

Untuk kerja-kerja kejuruteraan mekanikal ini, ZAS MAKMUR ENTERPRISE telah mempunyai bengkel dan tenaga kerja bagi menjalankan kerja-kerja yang berkaitan seperti membuat Tong Sampah, kuda-kuda serta kerangka bangunan dan kerja-kerja berkaitan dengan kimpalan beserta dengan kerja-kerja membaikpulih kenderaan seperti Lori Sampah dan Pembaikan Treler serta lain-lain kenderaan yang berkaitan.

ZAS MAKMUR ENTERPRISE sentiasa mengambil langkah pro-aktif untuk memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik kepada semua pihak.

ZAS MAKMUR ENTERPRISE telah membuktikan bahawa tenaga kerja bumiputera juga mampu berjaya di dalam bidang perkhidmatan ini.

Sehingga ke hari ini, pihak pengurusan telah mempunyai tenaga kerja mahir seramai 28 orang didalam bidang-bidang tertentu.

ZAS MAKMUR ENTERPRISE  juga sedang dalam proses penambahan bilangan kenderaan dan peralatan untuk melancarkan kerja-kerja yang telah di amanahkan kepada syarikat kami.

 

Berdaftar Dengan : Kementerian Kewangan, Pusat Khidmat Kontraktor (Kelas F),
CIDB, Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (kelas B) IWK